Sep 07
Hanya Illusi? Sekali pandang memang nampak macam betul. Rupenye2 hanyalah stiker jer yang ditampal diatas jalan, hehe, kretif2.. Aku rasakan, idea neh boleh diguna pakai dan dipraktiskan di Malaysia bagi mengatasi masalah pemanduan melebi had laju, comfirm nyer la sume akan memandu dengan sebaik2 yang mungkin la. hehe, tapi lambat laun orang akan tahu juge kan, tapi x salah kalau nak mencubenye demi membanteras kematian diatas jalan raya. Tambah2 musim perayaan dah nak dekat neh. Kesimpulannya, pandulah dengan menggunakan akal fikiran yang waras dan ingatlah orang yang tersayang. Salam Selamat.
Ada banyak lagi kat sini, kalau rajin, jenguk2 ler di http://www.moillusions.com/
Sep 01

Hehe, Peringatan kepada semua pengguna yang menggunakan Windows XP Professional yang Pirate, hati2 lah jikalau anda ON kan Automatic Update anda kerana MEMANG BESAR kemungkinan windows anda akan di STOP (di Blackout dalam masa 60min).
Penyelesaianya:
1. Belilah yang ORIGINAL
- Windows XP Pro (OEM) - RM 500 kebawah
- Windows XP Home (OEM) - RM 300 kebawah
2. Beralihlah kepada Open Source OS - Semuanya PERCUMA
3. Kalau nak pakai yang pirate jugak, TURN OFF kan Automatic Update anda, atau Tukar OS anda kepada Windows XP Home Edition
Related Link: (klik link dibawah untuk rujukan)
The Star Online - ‘Blackouts’ for users of pirated Windows
Microsoft Malaysia - Genuine Microsoft Software Home
Aug 31
Pantun ‘Cari Ganti’ Oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
kota sarat disimpan tempayan
zahir berlian di sunyi hari
harta rakyat dijadikan taruhan
akhir kebencian menjadi api.
gula dan santan diuli roti
kelapa diparut dimakan sama
bila kebencian menjadi api
apa dihasut ditelan semua.
anak singa di pulau teberau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri.
pergilah mandi di titi tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri.
Aug 30

Alhamdulillah, tinggal lagi berapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh dengan Keberkatan dan Kerahmatan daripada Allah S.W.T. untuk Umatnya yang Beriman dengannya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam dimuka Bumi Allah ini terutamanya yang mengunjungi Blog saya ini. Semoga Puasa kita diterima dan diberi Ganjaran oleh Allah S.W.T. , Insya-Allah.
Dengan post ini, saya sertakan beberapa Artikel dari Blog Rasmi S.S. Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Dr. Asri) untuk sama2 kita menghayatinya. Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa.
1. Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa. [baca lagi...]
2. Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah
TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.
Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima. [baca lagi...]