Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang
Perkahwinan adalah merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku. Riwayat Ibnu MajahTujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud :
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu.Di Pulau Pinang, proses perkahwinan bagi orang islam adalah di bawah tanggungjawab dan penguasaan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Bagi urusan permohonan perkahwinan anda boleh berurusan terus dengan Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.
Peraturan Am
- Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.
- Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
- Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
- Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu menghadiri kursus pra perkahwinan sekali lagi.
- Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melalui emunakahat.penang.gov.my.
Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)
Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Perempuan)
Senarai Soalan Temuduga Perkahwinan
- Bacaam Istighfar
- Mengucap Dua Kalimah Syahadah Berserta Maknanya
- Bacaan Surah Al-Fatihah
- Bacaan Tahiyat
- Selawat
- Niat Hadas Besar/Mandi Wajib
- Rukun Nikah
- Rukun Solat
- Rukun Iman
- Rukun Islam
- Fardhu Wudhu
- Perkara Yang Membatalkan Solat
- Perkara Yang Membatalkan Wudhu
- Apa Itu Haid?
- Tempoh Minimum & Maksimum Haid
- Pantang Larang Ketika Haid
- Tempoh Minimum & Maksimum Nifas
- Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Berhadas Kecil
- Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Berhadas Besar
- Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hadas Kecil
- Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hadas Besar
- Waktu Diharamkan Bersetubuh
- Kumpulan-Kumpulan Najis Dan Cara Menyucikan
- Kumpulan-Kumpulan Air
- Taggungjawab Suami
- Taggungjawab Isteri
- Taggungjawab Kepada Anak-Anak
- Bacaan Dalam Solat
- Perkara Yang Membatalkan Wudhu
- Talak
- Eddah
- Sekiranya berlaku masalah keluarga, apakah tindakan anda?
Sumber Rujukan
1. Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
2. Info Islam - al-azim.com, Jabatan Mufti Negeri Melaka
1. Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
2. Info Islam - al-azim.com, Jabatan Mufti Negeri Melaka
Komen